[Masuk] [Daftar]

"Terima kasih atas kunjungan anda ke Portal Komuniti Warga Portal PPD Kerian. Portal ini bertujuan membentuk satu komuniti pendidik dan pelajar berkongsi ilmu, pengalaman dan idea-idea yang mungkin dialami sendiri atau terbaca dari jutaan lamanweb yang tersedia di dunia siber. Portal ini bertujuan untuk menyampaikan maklumat terkini pendidikan dan hal ehwal semasa serta berkomunikasi antara satu sama lain bagi menyokong hasrat JPN Perak membentuk satu "Komuniti Berilmu Perak Terbilang". Namun, portal ini tidak akan berjaya tanpa sokongan dan penglibatan semua warga portal. Sumbangkanlah idea, bahan atau ilmu yang berguna untuk dikongsi bersama. Daftarlah diri sebagai ahli untuk menggunakan Portal ini dengan optimum. Keahlian adalah PERCUMA !. Untuk paparan yang baik, tukar resolusi monitor anda ke 1024x768 pixel."
Sejarah PPD Kerian








Nostalgia


Sejarah penubuhan pusat pentadbiran pelajaran daerah bermula pada sekitar tahun 60an. Pejabat Pengelola Sekolah-Sekolah Kebangsaan mula beroperasi pada awal 1960 yang ketika itu merupakan satu-satunya pusat pentadbiran terhadap sekolah-sekolah kebangsaan. Pada masa itu ada di antara Pejabat Pengelola Sekolah Daerah melangkaui beberapa daerah pentadbiran.

Ketika itu, jawatan pegawai pelajaran selaku Ketua Pentadbir Pelajaran Daerah disebut Pegawai Pengelola Sekolah. Beliau dibantu oleh beberapa pegawai iaitu Penolong Pengelola.

Pada tahun 1982, berlaku penstrukturan semula pejabat pelajaran daerah. Pengstrukturan semula Pejabat Pelajaran Daerah Negeri Perak ketika itu melibatkan perubahan jawatan - jawatan. Pejabat Pelajaran Daerah diketuai oleh Pegawai Pendidikan Daerah dibantu oleh seorang Penolong Pegawai Pendidikan (Menengah) dan seorang Penolong Pegawai Pendidikan Daerah (Rendah) serta dua orang Penyelia (Menengah dan Rendah).

Pada tahun 1995, sekali lagi berlaku pengstrukturan semula Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) / Pejabat Pendidikan Bahagian (PPB). Tiga unit diwujudkan untuk membantu dan melicinkan jentera pentadbiran, iaitu Unit Pengurusan Sekolah, Unit Pengurusan Akademik serta Unit Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan dan Khidmat Sokongan. Ekoran daripada itu Pegawai Pendidikan Daerah dibantu oleh tiga orang Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah mengikut unit pengurusan berkenaan. Jawatan Penolong Pegawai Pendidikan Daerah (Rendah) dikekalkan.

Merujuk kepada Pekeliling KP(PP)0051 Jld.10(66) bertarikh 23 Jun 2003 yang telah dikeluarkan oleh Bahagian Sumber Manusia, Kementerian Pendidikan Malaysia semua PPD / Bahagian seluruh negara distruktur semula. Perubahan ini telah mewujudkan tiga gred PPD / PPB iaitu Gred A, Gred B dan Gred C.

Sejarah Penubuhan PPD Kerian
Seiring dengan tindakan kerajaan menjalankan reformasi pendidikan di negara ini, struktur organisasi pentadbiran pendidikan juga turut berubah. Pada 1 JUN, 1982 diwujudkan Pejabat Pendidikan Daerah/Pejabat Pendidikan Daerah Bahagian di seluruh negara.
Di negeri Perak penyusunan Pejabat Pendidikan Daerah mengikut daerah-daerah yang sedia ada. Sebanyak 9 buah Pejabat Pendidikan Daerah ditubuhkan di negeri Perak. Semua sekolah dalam sesuatu daerah berkenaan dikelola dan diselia oleh Pejabat Pendidikan Daerah. Sebagai sebuah daerah yang paling utara di Negeri Perak, Pejabat Pendidikan Daerah Kerian terletak di Bandar Parit Buntar (Pusat Pentadbiran Daerah). Pejabat ini di tempatkan di bangunan lama Sekolah Kebangsaan Parirt Buntar ( sekarang Sekolah Kebangsaan Seri Kerian).
Pada peringkat awal penubuhan, pejabat ini mempunyai 6 orang pegawai dan 5 orang kaki tangan sokongan. Kesan dari penubuhan dan tanggungjawab yang bertambah dari masa ke semasa jumlah pegawai dan kaki tangan di pejabat ini telah bertambah kepada 16 orang pegawai dan 7 orang kaki tangan sokongan. Bangunan Pejabat Pendidikan Daerah Kerian telah diubah suai beberapa kali untuk memenuhi tuntutan semasa dan keperluan pengisian pegawai-pegawai di pejabat ini. Daerah Kerian dengan keluasan tanah meliputi 91 882 hektar dan penduduk seramai 150 000 orang. Daerah pentadbiran pejabat ini meliputi 14 sekolah menengah dan 64 sekolah rendah.

En Mohd Khalil Shah bin Jamaluddin, PPT
(01.02.1990 hingga 15.11.1991)

 

 

 

 

 

 

 






Kini, Pejabat Pelajaran Daerah Kerian ditempatkan dibangunan baru yang teletak Jalan Permai Utama, Taman Kerian Permai.
Semua kelengkapan dan infrastuktur diubahsuai bagi menempatkan 60 pegawai dan perlatan-peralatan terkini.


Peta Lokasi PPD Kerian


Daerah Kerian kini telah mempunyai 92 buah sekolah :

SK = 42, SJK(C) = 10, SJK(T)=14, SMK = 15, SMKA = 1, SMT = 1, SM AGAMA BANTUAN KERAJAAN=6, SK AGAMA BANTUAN KERAJAAN=2








SiteAdmin

Hakmilik Portal Rasmi Pejabat Pelajaran Daerah Kerian PPDKerian®.

Di paparkan pada: 2005-04-03 (15133 dibaca)

[ Semula ]

[Dasar Privasi] [Dasar Keselamatan] [Penafian] [Soalan Lazim] [Peta Laman] [Pasukan Web]




Hosted by Exabytes






PEJABAT PELAJARAN DAERAH KERIAN
Jalan Permai Utama
Taman Kerian Permai
34200 Parit Buntar, Perak Darul Ridzuan
M A L A Y S I A
Tel: 605-716 1302 | Faks: 605-716 0468

Emel: admin@ppdkerian.edu.my

Hakcipta Terpelihara © 2005 - 2013
Pejabat Pelajaran Daerah Kerian.




PENAFIAN:
||||||||||||||| Pejabat Pelajaran Daerah Kerian tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini |||||||||||||||



Penjanaan Halaman: 0.568 Saat
::::