[Masuk] [Daftar]

"Terima kasih atas kunjungan anda ke Portal Komuniti Warga Portal PPD Kerian. Portal ini bertujuan membentuk satu komuniti pendidik dan pelajar berkongsi ilmu, pengalaman dan idea-idea yang mungkin dialami sendiri atau terbaca dari jutaan lamanweb yang tersedia di dunia siber. Portal ini bertujuan untuk menyampaikan maklumat terkini pendidikan dan hal ehwal semasa serta berkomunikasi antara satu sama lain bagi menyokong hasrat JPN Perak membentuk satu "Komuniti Berilmu Perak Terbilang". Namun, portal ini tidak akan berjaya tanpa sokongan dan penglibatan semua warga portal. Sumbangkanlah idea, bahan atau ilmu yang berguna untuk dikongsi bersama. Daftarlah diri sebagai ahli untuk menggunakan Portal ini dengan optimum. Keahlian adalah PERCUMA !. Untuk paparan yang baik, tukar resolusi monitor anda ke 1024x768 pixel."
Portal Rasmi Pejabat Pelajaran Daerah Kerian: Forums

http://ppdkerian.edu.my :: Lihat topik - PENGURUSAN KANTIN SEKOLAH 2012
 Soalan Lazim  •  Carian  •  Senarai Ahli  •  Kumpulan Pengguna   •  Daftar  •  Akaun Anda  •  Lihat mesej peribadi anda  •  Daftar Masuk

 
Hantar topik baruTopik ini dikunci anda tidak boleh menghantar atau mengubah apa apa disini
Lihat topik sebelumnya Lihat mesej peribadi anda Lihat topik berikutnya
Penulis Mesej
zainalisappd
Guru Besar
Guru Besar


Daftar: Feb 16, 2005
Mesej: 223

MesejTelah dihantar pada: Wed Jun 06, 2012 12:52 pm Balas dengan menggunakan quoteKembali Ke Atas

Kepada :-

Pengetua / Guru Besar,
Sekolah Menengah dan Rendah,
Daerah Kerian.

PEMATUHAN PENGHANTARAN LAPORAN KENDIRI KANTIN SEKOLAH


Saya merujuk surat JPN Perak, J.Pel.Pk.(AM)5128/10/7/1( 48 ) bertarikh 24 Mei 2012.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Laporan Kendiri kantin Sekolah wajib dilaksanakan oleh setiap sekolah sepertimana yang telah dipersetujui dalam Mesyuarat Jawatankuasa Induk 3K Bil.1/2009 yang dipengerusikan oleh YB Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong, Timbalan Menteri Pelajaran. Pada tahun 2012 ini semua sekolah telah dibekalkan dengan buku Laporan Kendiri Kantin Sekolah.

3. Walau bagaimanapun pematuhan penghantaran laporan ini masih belum menepati sebagaimana yang ditetapkan merujuk kepada Mesyuarat Isu Keracunan Makanan Di Kantin Dan Dapur Asrama Sekolah Peringkat Negeri Perak pada 22 Februari di Klinik Kesihatan Buntong, Ipoh.

4. Sehubungan dengan itu, kerjasama tuan adalah dipohon untuk memastikan penghantaran Laporan Kendiri Kantin Sekolah secara berterusan ke arah satu usaha menangani kes keracunan di sekolah-sekolah. Pihak sekolah dikehendaki melengkapkan Borang Kendiri 2 - Borang Penilaian Bulanan Kebersihan Kantin berdasarkan ketetapan berikut :-

4.1 Borang Kendiri 2 (warna pink) dihantar ke Pejabat Kesihatan Daerah (PKD)

4.2 Borang Kendiri 2 (warna kuning) dihantar ke PPD Kerian

5. Borang Kendiri 2 hendaklah juga dihantar satu salinan ke JPN (u.p: Unit HEM) pada sebelum 5 hari bulan setiap bulan.

Atas keperihatinan tuan dalam perkara ini saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

_________________
ZAINAL ABIDIN BIN HJ ISA
GURU BESAR SK HJ. DAHALAN
Emel: zainalisa@yahoo.com
HP: 0124326038
Lihat Profail Pengguna IniHantar Mesej peribadiHantar emailYahoo Messenger
zainalisappd
Guru Besar
Guru Besar


Daftar: Feb 16, 2005
Mesej: 223

MesejTelah dihantar pada: Mon Jun 18, 2012 3:41 pm Balas dengan menggunakan quoteKembali Ke Atas

Kepada :-

Pengetua / Guru Besar,
Sekolah Menengah Dan Rendah,
Daerah Kerian.

Tuan,

PERLANJUTAN PERJANJIAN PENYEWAAN DAN
PENGURUSAN KANTIN SEKOLAH 2013


Sila ambil perhatian bagi sekolah-sekolah yang ingin melanjutkan tempoh
penyewaan pengurusan kantin (2 Tahun + 1 Tahun), dinasihati mematuhi perkara-perkara berikut :-

i) dipohon secara rasmi oleh pengusaha kantin

ii) memangil AJK Kantin bermesyuarat untuk menerima atau menolak permohonan.

iii) meneliti secara khusus perkhidmatan yang dilaksanakan oleh pengusaha kantin samada menepati kehendak sekolah, PPD, JPN dan KPM

iV) pembayaran penyewaan kantin mengikut syarat-syarat dalam perjanjian.

Jika permohonan diterima, pihak sekolah perlu mengeluarkan perjanjian yang baru (sila rujuk Buku Panduan Pengurusan Kantin Sekolah).

Perjanjian ini hanyalah untuk 11 bulan (1 Januari 2013 hingga 30 November 2013) bukan 12 bulan. Semua perjanjian hendaklah dimatikan stem di Pejabat Tanah dan daerah Kerian.

Sekian dimaklumkan, terima kasih.

_________________
ZAINAL ABIDIN BIN HJ ISA
GURU BESAR SK HJ. DAHALAN
Emel: zainalisa@yahoo.com
HP: 0124326038
Lihat Profail Pengguna IniHantar Mesej peribadiHantar emailYahoo Messenger
Paparkan topik yang terdahulu:      
Hantar topik baruTopik ini dikunci anda tidak boleh menghantar atau mengubah apa apa disini
Lihat topik sebelumnya Lihat mesej peribadi anda Lihat topik berikutnya
Anda tidak boleh hantar topik baru
Anda tidak boleh balas topik
Anda tidak boleh ubah mesej anda
Anda tidak boleh padam mesej anda
Anda tidak boleh mengundi disini

[Dasar Privasi] [Dasar Keselamatan] [Penafian] [Soalan Lazim] [Peta Laman] [Pasukan Web]




Hosted by Exabytes






PEJABAT PELAJARAN DAERAH KERIAN
Jalan Permai Utama
Taman Kerian Permai
34200 Parit Buntar, Perak Darul Ridzuan
M A L A Y S I A
Tel: 605-716 1302 | Faks: 605-716 0468

Emel: admin@ppdkerian.edu.my

Hakcipta Terpelihara © 2005 - 2013
Pejabat Pelajaran Daerah Kerian.




PENAFIAN:
||||||||||||||| Pejabat Pelajaran Daerah Kerian tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini |||||||||||||||



Penjanaan Halaman: 0.167 Saat
::::