Panduan yang diberikan untuk kegunaan jabatan
kerajaan dan bukan untuk tujuan peperiksaan awam.
Cara menulis surat rasmi:
1. Nama
dan Alamat Pengirim :
1.5 Nama pengirim ialah nama jabatan atau pejabat.
1.6 Lambang Kerajaan Malaysia diletakkan di sebelah kiri alamat pengirim.
1.7 Jarak nama dan alamat pengirim dari atas ialah “3 cm”.
1.8 Jarak nama dan alamat pengirim dari tepi ialah “2 cm”.
1.9 Pada akhir setiap baris hendaklah diletakkan tanda koma “, “.
1.10
Pada baris akhir diletakkan
tanda noktah “ . “.
1.11
Hendaklah dibuat satu
garisan panjang melintang muka surat di bawah nama dan alamat pengirim iaitu
dengan jarak “Langkau Dua”.
1.12
Nama dan alamat pengirim
boleh ditulis dengan huruf besar.
2.
Nombor Telefon dan Faks:
2.1
Hendaklah ditulis di sebelah kanan bertentangan dengan baris akhir alamat
pengirim.
.
3. Nama dan Alamat Penerima:
3.1
Nama dan alamat penerima ditulis dengan langkau dua di bawah garis lintang
dan sama lajur dengan nama dan alamat pengirim.
3.2
Nama penerima hendaklah ditulis dengan lengkap termasuk gelaran dan
pangkat.
Contoh: Yang Berbahagia Profesor Tan Sri Datuk Dr. Haji ( isim),
3.3
Di bawah nama penerima hendaklah ditulis nama jawatan dan dikuti dengan
alamat pejabat.
3.4
Rujukan kehormat hendaklah ditulis bersesuaian dengan kedudukan atau
pangkat.
Contoh : Yang Berbahagia Datuk Abdul Rafie bin
Mahat,
Ketua Pengarah
Pendidikan Malaysia,
Kementerian Pendidikan
Malaysia,
Paras 7 ,Blok J
Utara,Pusat Bandar Damansara,
50604 Kuala Lumpur.
11.2Pada hujung baris diletakkan tanda koma.
11.3 Baris akhir alamat penerima hendaklah diletakkan tanda noktah .
11.4Sekiranya surat tersebut dikirimkan melalui ketua penerima ,hendaklah
ditulis
“
Melalui dan salinan:”. Jaraknya ialah langkau dua
di bawah alamat penerima.
Contoh
:
En. Yunos bin Husin,
Penyelia Pendidikan
Daerah,
Pejabat Pendidikan
Daerah Kuala Kangsar,
(Penerima)
33000 Kuala
Kangsar,Perak.
Melalui
dan salinan:
Pegawai Pendidikan
Daerah,
Pejabat Pejabat
Pendidikan Daerah Kuala Kangsar, (Ketua
Penerima)
33000 Kuala
Kangsar,Perak.
11.5Sekiranya surat tersebut dikirimkan kepada penerima melalui ketua pengirim,
hendaklah ditulis “Melalui dan salinan:”. Jaraknya ialah langkau dua di
bawah alamat penerima.
Contoh
: Guru besar menulis surat kepada Pengarah Pendidikan Perak melalui
Pegawai Pendidikan Daerah.
Pengarah Pendidikan
Perak,
Jabatan Pendidikan
Perak ,
Jalan Tun Abdul
Razak,
(Penerima)
30640 Ipoh,Perak.
Melalui
dan salinan:
Pegawai Pendidikan
Daerah,
Pejabat Pejabat
Pendidikan Daerah Kuala Kangsar,
(Ketua Pengirim)
33000 Kuala
Kangsar,Perak.
4.
Nombor Rujukan:
4.1 Nombor rujukan surat ditulis di sudut
kanan, langkau satu di bawah garis
lintang.
4.2 Nombor rujukan penerima ditulis di
sebelah atas dan diikuti dengan nombor
rujukan pengirim di bawahnya.
5.
Tarikh :
5.1 Tarikh hendaklah ditulis di sebelah kanan muka surat pada baris yang
sama
dengan baris akhir alamat penerima.
1.1
Hari bulan ditulis dalam bentuk
angka,nama bulan dieja penuh dengan huruf
besar atau kecil dan tahun ditulis penuh
dengan angka.
6.
Untuk Perhatian:
6.1 Untuk perhatian ditulis dalam kurungan . Boleh ditulis dengan frasa
penuh atau
dalam bentuk akronim.
(Untuk perhatian: Ketua Sektor Pengurusan
Sekolah)
atau
(u.p. : Ketua Sektor Pengurusan Sekolah )
7.
Perkataan Menghadap Surat:
Iaitu panggilan (sapaan) atau rujukan kehormat kepada penerima.
1.1 Panggilan ini mesti sesuai dengan darjat,pangkat, gelaran dan jantina
penerima.
Contoh
:
Yang Berhormat,
Yang Mulia,
Yang Berhormat Mulia,
Tan Sri,
Dato’, atau Datuk,
Tuan, atau Puan,
Catatan: Sapaan bagi ketua jabatan tidak terikat kepada jantina.Contohnya
sapaan “tuan” boleh digunakan
bagi ketua jabatan lelaki atau
perempuan. Begitu juga sapaan
kepada penerima yang umum
digunakan sapaan “tuan”.
1.2 Panggilan menghadap surat ini hendaklah ditulis dengan langkau dua di bawah
nama dan alamat penerima dan selajur dengan alamat penerima.
1.3 Letakkan tanda koma “ ,” di hujungnya.
8. Perkara atau Tajuk Surat:
8.1
Ditulis dengan langkau dua di bawah perkataan menghadap surat iaitu selajur
dengan nama dan alamat pengirim serta
penerima.
8.2
Tajuk surat hendaklah tepat,ringkas dan padat serta dapat membayangkan
kandungan surat.
8.3
Huruf pertama pada setiap perkataan hendaklah ditulis dengan huruf besar dan
digariskan.
8.4
Jika tajuk surat lebih daripada satu
baris, hanya baris terakhir digariskan.
8.5
Tajuk surat tidak perlu diletakkan noktah.
Contoh:
9.
Pemerengganan:
9.1 Perenggan pertama atau pembuka surat ditulis dengan langkau dua di
bawah
tajuk dan dimulakan selajur
dengan tajuk,nama dan alamat pengirim dan
penerima.
9.2 Perenggan pertama tidak dinomborkan dengan nombor “1” tetapi jika
ada
pecahan maklumat yang hendak disampaikan boleh gunakan pecahan berikut:
1.1
1.2
1.3 ... dan seterusnya.
9.3
Perenggan kedua dan seterusnya dinomborkan dengan angka dan noktah.
9.4
Jarak antara satu perenggan dengan perenggan yang lain ialah langkau dua.
9.5
Bagi perenggan yang mempunyai pecahan hendaklah digunakan pecahan :
2.1
2.2
2.3 ... dan seterusnya.
Jika ada pecahan seterusnya gunakan huruf ( abjad)
(a)
(b)
(c) ... dan seterusnya.
10. Penutupan
Surat :
.
10.1 Penutupan surat rasmi hendaklah ringkas,tepat dan sesuai dengan
tujuan
atau hasrat surat tersebut dan tiada nombor.
10.2 Penutupan surat rasmi terdapat tiga penanda wacana dan cogan kata
iaitu:
a.
Penanda Antisipasi
b.
Penanda Penamat
c.
Cogan Kata
d.
Penanda Akuan atau Rujukan
Diri
1.1
Contoh Penanda Antisipasi :
a.
Kerjasama tuan dalam hal ini
amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
b.
Atas jasa baik tuan
mempertimbang permohonan ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan
jutaan terima kasih.
c.
Kesudian tuan melapangkan
masa bagi menerima jemputan kami amatlah disanjung tinggi dan didahului dengan
ucapan jutaan terima kasih. .
1.2
Contoh Penanda Penamat:
a.
Sekian terima kasih.
b.
Sekian.
c.
Sekian untuk perhatian dan
makluman tuan.
1.3
Contoh Cogan Kata: Ditulis dengan huruf besar
dalam kata petik (“ ”)
“BERKHIDMAT
UNTUK NEGARA”.
1.4
Contoh Penanda Akuan atau Rujukan Diri:
a. Saya yang menurut perintah,
b. Yang benar,
c. Patik dengan hormat dan takzimnya,
1.5
Di hujung kata akuan hendaklah diletakkan
tanda koma “,”
1.6
Kata akuan ditulis sebelah kiri selajur dengan
penutupan dengan jarak langkau dua di bawah cogan kata.
.
11. Tandatangan dan Nama Pengirim:
11.1 Tandatangan diturunkan di bawah
Penanda Akuan.
1.5
Di bawah tandatangan ditulis
nama penuh pengirim dengan huruf besar dan
diletakkan dalam kurungan .Di bawahnya
ditulis nama jawatan dan perkataan
“bagi pihak” ketua jabatan jika berkaitan.
1.6
Tidak boleh tulis kata
sapaan sebelum nama seperti Encik,Tuan, Yang
Berhormat, Yang Mulia dan lain-lain
lagi.
1.7
Perkataan “bagi pihak”
biasanya ditulis dalam akronim “ b.p.”
1.8
Di bawah jawatan tidak perlu
letak alamat pejabat.
12.Salinan Kepada :
12.1 Sekiranya perlu dikirimkan salinan
surat tersebut kepada pihak lain,tuliskan
dalam jarak langkau dua di bawah
nama pengirim.
a. Jika salinan surat untuk edaran
dalaman dan jabatan yang sama ,nama
penerima tidak perlu dituliskan
alamat penuh.
Contoh:
s.k. :
1. Pengarah Pendidikan Perak.
2. Timbalan Pengarah
Pendidikan Perak.
3. Semua Ketua Sektor.
4. Semua Pegawai Pendidikan
Daerah.
b. Jika salinan surat untuk dihantar kepada
pihak lain di luar jabatan
hendaklah ditulis nama penerima dan
beralamat penuh.
Contoh:
s.k. :
1. Pengarah Pendidikan Melaka,
Jabatan
Pendidikan Melaka,
Jalan Bukit Beruang,
75902 Melaka.
5.
Pengarah Pendidikan Negeri
Sembilan,
Jabatan Pendidikan
Negeri Sembilan,
Jalan Dato’ Hamzah,
70990 Seremban,Negeri
Sembilan..
b. Di bawah “salinan kepada “boleh juga diltuliskan arahan-arahan
tertentu.
Contoh:
Sila kemukakan dokumen berikut ke Jabatan Pendidikan Perak
( u.p.: Ketua
Sektor Pengurusan Perkhidmatan
Pendidikan ) :
13. Penulisan Muka Surat:
Ditulis di hujung sebelah kanan atau di bahagian tengah.Sebaiknya ada
penanda sambungan di muka surat
sebelah sekiranya ada sambungan.
|
|
PEJABAT
PENDIDIKAN DAERAH KUALA KANGSAR,
JALAN
TUN ABDUL RAZAK, Telefon : 05-7761184
PETI
33007
KUALA KANGSAR. (ALAMAT PENGIRIM)
Faks : 05-7761188
_________________________________________________________________
(PENERIMA)
(RUJUKAN)
Semua Guru Besar, Ruj. Tuan :
Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, Ruj. Kami : PPD. KK/ 02/04/037 R/ ( 30 )
Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil,
Daerah Kuala Kangsar. Tarikh :
13 September 2003
Tuan,
Sekian terima kasih. (PENANDA
PENAMAT)
Saya yang menurut perintah, (PENANDA AKUAN/RUJUKAN DIRI)
CONTOH
|
|
PEJABAT
PENDIDIKAN DAERAH KUALA KANGSAR,
JALAN
TUN ABDUL RAZAK, Telefon : 05-7761184
PETI
33007
KUALA KANGSAR. Faks : 05-7761188
_________________________________________________________________
(PENERIMA)
(RUJUKAN)
Semua Guru Besar, Ruj.
Tuan :
Sekolah Rendah, Ruj.
Kami :
PPD. KK/ 02/04/037 R/ ( 31 )
Daerah Kuala Kangsar. Tarikh :
15 September 2003
Tuan,
3.
Bersama-sama ini,
disertakan agenda mesyuarat dan minit mesyuarat yang lalu untuk makluman dan
tindakan tuan.
( PENANDA PENYERTAAN)
Sekian terima kasih. (PENANDA
PENAMAT)
Saya yang menurut perintah, (PENANDA AKUAN/RUJUKAN
DIRI)
CONTOH SURAT JEMPUTAN
|
|
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KUALA KANGSAR,
JALAN TUN ABDUL RAZAK, Telefon : 05-7761184
PETI
33007 KUALA KANGSAR. Faks : 05-7761188
________________________________________________________________________________
(PENERIMA)
(RUJUKAN)
Yang
Berbahagia, Ruj. Tuan :
Dato’
Haji Adnan bin Haji Ibrahim,
Ruj. Kami : PPD. KK/ 02/04/037 R/
( 13 )
Pengarah
Pendidikan Perak,
Jabatan
Pendidikan Perak,
Jalan
Tun Abdul Razak,
30640
Ipoh,Perak.
Tarikh :
3 Mac 2003
Yang
Berbahagia Dato’,
Sekian
terima kasih. (PENANDA PENAMAT)
Saya
yang menurut perintah, (PENANDA AKUAN/RUJUKAN DIRI)
CONTOH
|
|
PEJABAT
PENDIDIKAN DAERAH KUALA KANGSAR,
JALAN
TUN ABDUL RAZAK, Telefon : 05-7761184
PETI
33007
KUALA KANGSAR. Faks : 05-7761188
_________________________________________________________________
(PENERIMA)
(RUJUKAN)
Ketua Unit Sekolah Rendah, Ruj. Tuan :
Jabatan Pendidikan Perak, Ruj. Kami : PPD.
KK/ 02/04/037 R/ ( 25)
Jalan Tun Abdul Razak,
30640 Ipoh,Perak.
Tarikh : 2 Ogos
2003
Tuan,
Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas dan bersama-sama ini disertakan Data Guru,Murid dan Kelas Daerah Kuala Kangsar
Pada 31 Julai 2003 untuk tindakan tuan.
Sekian terima kasih. (PENANDA
PENAMAT)
Saya yang menurut perintah, (PENANDA AKUAN/RUJUKAN
DIRI)
PENANDA WACANA
Ungkapan yang digunakan dalam surat rasmi bagi
menerangkan sesuatu kandungan surat supaya lebih bermakna atau signifikan.
1. Penanda Rujukan:
Pada
kebiasaannya ungkapan ini digunakan pada awal ayat atau perenggan
pertama.
Contoh:
1.5 Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas dan memaklumkan...
1.6 Dengan hormatnya saya merujuk surat daripada Kementerian Pendidikan
Malaysia yang rujukannya KP (AM)2952/18/(20) bertarikh 26
Mei 2003 tentang perkara di atas.
2. Penanda Penyertaan:
Ungkapan yang digunakan untuk memberi isyarat bahawa ada disertakan
sesuatu.
Contoh:
2.1 Bersama-sama ini,disertakan
“Lampiran A” untuk tuan kemas kini...
1.1 Bersama-sama ini, saya lampirkan...
2.3 Dengan ini saya lampirkan sesalinan helaian
yang tuan kehendaki.
3. Penanda Makluman:
Ungkapan yang menunjukkan adanya pemakluman yang dibuat.
Contoh:
3.1
Dengan ini dimaklumkan bahawa...
3.2
Sukacita dimaklumkan bahawa...
3.3
Dukacita dimaklumkan bahawa...
3.4
Dengan sukacita dimaklumkan bahawa...
4. Penanda Perintah atau Arahan:
Ungkapan yang digunakan untuk menunjukkan perintah.
Contoh:
4.1
Perintah kasar atau tegas:
a. Saya telah diarahkan bagi memberitahu tuan...
b. Dengan ini tuan diingatkan bahawa...
c. Seyogia tuan diingatkan supaya...
d. Saya diarahkan merujuk perkara di atas dan memaklumkan bahawa...
e. Sila beri sebab tindakan tatatertib tidak boleh diambil terhadap tuan.
1.5 Memberi Harapan:
a. Dengan ini diharapkan tuan...
b. Pihak kami mengharapkan tuan dapat...
c. Saya mengharapkan tuan memaklumkan perkara tersebut kepada...
1.6 Nasihat :
a. Tuan dinasihatkan supaya...
b. Dengan ini tuan dinasihatkan supaya lapor diri dengan segera.
c. Pihak tuan didapati melanggar peraturan... dan dinasihatkan...
1.7 Permintaan:
a. Saya memohon jasa baik tuan...
b. Diharapkan tuan sudi melapangkan masa untuk bersama-sama kami pada hari
tersebut.
c. Sukacita sekiranya mendapat kerjasama daripada...
d. Ingin saya mendapatkan penjelasan tuan tentang...
5. Penanda Sebab-musabab:
Ungkapan yang menunjukkan penanda sesuatu peristiwa yang menyebabkan
peristiwa yang lain berlaku.
Contoh:
5.1
Saya berkeberatan menerima jemputan tersebut kerana...
5.2
Kejadian tersebut amatlah dikesali dan pihak kami...
5.3
Terima kasih atas jemputan tuan tetapi saya memohon maaf kerana...
5.4
Atas kesulitan yang timbul amatlah dikesali dan...
6. Penanda Matlamat:
Ungkapan yang menunjukkan danya matlamat atau tujuan yang hendak
dicapai.
6.1
Untuk tujuan...
6.2
Untuk pengetahuan tuan...
6.3
Untuk makluman tuan...
7. Penanda Perwakilan:
Ungkapan yang digunakan bagi menandakan wakil bagi pihak tertentu.
7.1
Bagi pihak kakitangan jabatan ini,saya...
7.2
Bagi pihak semua anggota keluarga jabatan ini, ingin saya...
1.4 Sebagai wakil Jabatan Pendidikan Perak ,saya ingin memaklumkan...
8. Penanda Pendapat:
Ungkapan yang digunakan untuk menyatakan sesuatu pendapat.
8.1
Berhubung dengan perkara di atas, saya ingin mencadangkan...
8.2
Ekoran perbincangan antara pegawai
daripada jabatan tuan dengan pihak kami
tempoh hari, saya ingin mencadangkan...
8.3
Oleh sebab tuan akan menghadiri persidangan tersebut, dicadangkan...
9. Penanda Penegas:
Ungkapan yang digunakan bagi memberi penegasan terhadap sesuatu perkara.
9.1
Dengan hormat dimaklumkan bahawa tuan dikehendaki...
9.2
Dengan ini, menjadi harapan kami...
9.3
Dengan ini, didapati pihak tuan telah ...
10. Penanda Sambungan:
Ungkapan yang digunakan bagi menunjukkan kaitan peristiwa dari segi
waktu.
10.1 Sebagai lanjutan surat saya dahulu...
10.2 Berikutan daripada percakapan kita tempoh hari...
10.3 Dalam mesyuarat tempoh hari telah diputuskan bahawa...
11.
Penanda Sikap:
Ungkapan yang digunakan bersifat emotif tertentu dan boleh dibahagikan
kepada
positif dan negatif.
11.1
Positif :
i.
Saya merakamkan ucapan
terima kasih atas sumbangan tuan...
ii.
Saya tidak berhalangan membenarkan pegawai
tersebut menghadiri...
iii.
Saya tidak berkeberatan...
1.5
Negatif:
i.
Dukacita dimaklumkan bahawa
saya tidak membenarkan...
ii.
Kejadian itu sangat dikesali
kerana pihak tuan tidak...
iii.
Pihak kami berhalangan
membenarkan pegawai tersebut...
12. Penanda Antisipasi:
Ungkapan ini biasanya digunakan pada akhir surat yang berkaitan
dengan
penghargaan dan sebab-musabab.
12.1 Atas kerjasama tuan itu saya dahului dengan ucapan terima kasih.
12.2 Kerjasama tuan dalam hal ini didahului dengan ucapan terima kasih.
12.3 Dengan kehadiran tuan akan
menyerikan lagi majlis kami.
.
12.4 Atas pertimbangan tuan bagi permohonan ini amatlah dihargai dan
didahului
dengan jutaan terima kasih.
12.5 Atas kesudian tuan menerima jemputan ini amatlah dihargai dan
didahului
dengan ucapan jutaan terima kasih.
13. Penanda Penamat:
Ungkapan yang memberikan isyarat akan berakhirnya isi surat.
13.1 Sekian terima kasih.
13.2 Sekian.
13.3 Sekian jutaan terima kasih.
14. Penanda Akuan atau Rujukan Diri:
Ungkapan ini hendaklah bersesuaian dengan tujuan menulis surat,situasi
pengirim
dan hubungannya dengan penerima.
14.1 Yang benar,
14.2 Saya yang menurut perintah,
14.3 Patik dengan hormat dan takzimnya,
.
SAPAAN (Sistem Panggilan dan Rujukan Kehormat)
Sapaan yang diberikan di bawah ialah yang
berkaitan dengan majlis rasmi dan surat rasmi. Sapaan melibatkan panggilan
seperti yang berikut:
1. Kata pembuka rujukan kehormat :
Kebawah ( Sultan)
2. Rujukan kehormat : Duli Yang Maha Mulia
(Sultan),Yang Berhormat (ADUN).
3. Gelaran jawatan : Yang di-Pertuan Agong
(Agong)
4. Gelaran raja : Sultan
5. Gelaran keagamaan : Haji
6. Gelaran bahasa Arab: Al-Musta’in Billah
7. Gelaran warisan: Nik, Syed.
8. Gelaran akademik dan ikhtisas: Profesor
(ikhtisas) , Doktor (akademik).
9. Gelaran adat: Datuk Baginda Besar (Negeri
Sembilan)
10. Gelaran kurniaan: Tan Sri, Dato’
Seri,Datuk.
11. Gelaran kurniaan tanpa bintang: Dato’ Seri
Wangsa Diraja (Perak)
Rujukan Kehormat
|
Bil |
Jawatan |
Rujukan Kehormat Penyandang |
Rujukan Kehormat Untuk Isteri |
|
1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. |
Yang di-Pertuan Agong Sultan Perak Raja Muda Raja Di Hilir Perdana Menteri Timbalan Perdana Menteri Menteri,Timbalan Meneteri ) dan Setiausaha
Parlimen ) Yang Dipertua Dewan ) Rakyat
dan Dewan Negara ) Timbalan Yang Dipertua ) Dewan Rakyat dan ) Dewan Negara ) ADUN dan Ahli Parlimen Tun dan Toh Puan Tan Sri dan Puan Sri Datuk/Dato’/Datin |
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan
Perak Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak. Duli Yang Amat Mulia Raja Di Hilir Perak Yang Amat Berhormat Yang Amat Berhormat Yang Berhormat Yang Berhormat Yang Berhormat Yang Berhormat Yang Amat Berbahagia Yang Berbahagia Yang Berbahagia |
Seri Paduka Banginda Raja Permaisuri Agong Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Perak Duli Yang Teramat Mulia Raja Puan Besar Perak Duli Yang Amat Mulia Raja Puan Muda Perak Yang Amat Berbahagia Yang Amat Berbahagia Yang Berbahagia Yang Berbahagia Yang Berbahagia Yang Berbahagia Yang Amat Berbahagia Yang Berbahagia Yang Berbahagia |
|
Bil |
Jawatan |
Rujukan Kehormat Penyandang |
Rujukan Kehormat Untuk Isteri |
|
14. 15. 16. 17. 18. 19. 20. 21. 22. 23. 24. 25. 26. 27. 28. 29. 30. 31. 32. |
Ketua Hakim Negara Hakim Besar Malaya dan Borneo Hakim Mahkamah Tinggi / Agung Ketua Setiausaha Negara Panglima Angkatan Tentera Ketua Polis Negara Pegawai Tentera/Polis Ketua Setiausaha Speaker Dewan Undangan Negeri Menteri Besar/Ketua Menteri Setiausaha Kerajaan/ Penasihat
Undang-undang/ Pegawai Kewangan Negeri Ketua Jabatan Raja/Tengku Profesor/Doktor Mufti Kadi/Ulama Pengarah Jabatan Agama Islam Balu Almarhum Sultan Raden, Syeikh |
Yang Amat Arif Yang Arif Yang Arif Yang Berbahagia Yang Amat Setia Yang Amat Setia Yang Setia Yang Berbahagia Yang Berhormat Yang Amat Berhormat Yang Berhormat Yang Berusaha Yang Mulia Yang Berbahagia Sahibul Samahah Sahibul Fadilah Sahibus Saadah Yang Maha Mulia Yang Mulia |
Yang Amat Berbahagia Yang Berbahagia Yang Berbahagia Yang Berbahagia Yang Amat Berbahagia Yang Amat Berbahagia Yang Berbahagia Yang Berbahagia Yang Berbahagia Yang Amat Berbahagia Yang Berbahagia Yang Berbahagia Yang Mulia Yang Berbahagia Yang Berbahagia Yang Berbahagia Yang Berbahagia - Yang Mulia |
Sapaan Bagi Orang Yang Mempunyai Satu Gelaran:
Contoh:
i.
Yang Teramat Mulia Tengku
(isim)
ii.
Yang Mulia Raden (isim)
iii.
Yang Amat Berbahagia Tun (isim)
iv.
Yang Mulia Syeikh (isim)
v.
Yang Berbahagia Tan Sri
(isim)
vi.
Yang Amat Berhormat Dato’
Seri (isim)
Sapaan Bagi Orang Yang Mempunyai Lebih Daripada
Satu Gelaran:
1.Jika gelaran itu gelaran warisan yang kanan
seperti Tengku dan Raja, gelaran itu
hendaklah didahulukan daripada gelaran kurniaan.
Contoh:
i.
Yang Mulia Raja Tan Sri (
isim)
ii.
Yang Mulia Tengku Datuk
(isim)
2. Sekiranya gelaran warisan itu bukan yang
kanan seperti Syed,Meor,Nik dan Megat
gelaran itu hendaklah dikemudiankan daripada gelaran kurniaan.
Contoh:
i.
Yang Berbahagia Datuk Nik
(isim)
ii.
Yang Berbahagia Tan Sri
Syeikh (isim)
iii.
Yang Berbahagia Datuk Syed (isim)
3. Kalau kedua-dua gelaran yang dimiliki itu
gelaran kurniaan maka hendaklah
didahulukan gelaran kurniaan yang lebih kanan.
Contoh:
i.
Yang Berbahagia Tan Sri Datuk
(isim)
ii.
Yang Berbahagia Datuk
Patinggi Tan Sri (isim)
iii.
Yang Amat Berbahagia Tun
Datuk (isim).
4. Contoh-contoh lain bagi orang yang
mempunyai gelaran lebih daripada dua.
i.
Yang Berbahagia Profesor Tan
Sri Datuk Dr. Haji (isim)
ii.
Yang Berbahagia Profesor Tan
Sri Datuk Dr. (isim)
iii.
Yang Berbahagia Tan Sri Datuk
Dr. (isim)
iv.
Yang Amat Arif Raja Tan Sri
Datuk (isim)
v.
Yang Arif Tengku Tan Sri
Datuk (isim)
vi.
Yang Berbahagia Tan Sri Datuk
Syed (isim)
Sapaan Bagi Datuk Gelaran (Gelaran Datuk yang
tiada pingat):
i.
Yang Berbahagia Dato’ Lela
Jasa . (Terengganu)
ii.
Yang Berbahagia Dato’ Karma Jaya. (Kedah)
iii.
Yang Berbahagia Dato’ Paduka
Maharajalela ( Negeri Sembilan)
iv.
Yang Berbahagia Dato’ Seri Wangsa
Diraja . (Perak)
Faktor yang menentukan susunan gelaran:
1. Susunan gelaran kurniaan daripada Yang
di-Pertuan Agung paling kanan dan
diletakkan pada permulaan susunan gelaran . Manakala susunan gelaran
kurniaan
daripada kerajaan negeri (kedua
kanan) .
2. Walau bagaimanapun susunan gelaran juga
berdasarkan istiadat kerajaan negeri
dan
juga berdasarkan kebebasan individu.
Disediakan Oleh:
Allahyarham En Abd. Rashid bin Omar,
Penolong Pegawai Pendidikan Daerah ( R ),
Kuala Kangsar.
15 September 2003
Saya tidak menanam nenas,
Tanam kepaya di dalam padi;
Saya tidak memandang emas,
Budi bahasa yang saya cari.
Perigi dikatakan telaga,
Tempat budak berulang mandi;
Emas merah ada berharga,
Budi bahasa bernilai abadi.
(Mohd.
Taib Osman, 1975:21)
Rujukan:
1. Sistem Panggilan Dalam Bahasa Melayu (DBP)
2. Acara Rasmi Adat Istiadat Menyambut Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan
Perak,Kedah,Selangor, dan Pahang
3. Sejarah Perak,Kedah,Selangor, dan Pahang.
(DBP)
4. Panduan Menulis Surat (DBP)
5. Gaya Bahasa Dewan (DBP)
6. Pekeliling Perkhidmatan Awam dan
Kementerian Pendidikan.
7. Tatabahasa Dewan (DBP).